Seramai 26 peserta dari seluruh negeri telah menghadiri Kursus Agrobisnis Gaharu pada 31 Oktober 2009. Peserta didedahkan tentang pokok gaharu, teknologi dan industri gaharu. Peserta bertuah kerana Dr. Ab. Rasip dari FRIM berkesempatan hadir bagi memberi taklimat mengenai penanaman pokok gaharu.
Peserta telah dibawa melawat kebun gaharu yang ditanam bersama kelapa sawit serta pokok limau purut dan kari bagi mendapatkan hasil sampingan. Di akhir acara peserta diberikan pokok gaharu sebanyak 10 pokok untuk ditanam di tempat masing-masing. Semoga ilmu yang telah dipelajari dapat dipraktikan untuk mendapatkan pengalaman.
Semoga industri gaharu akan berkembang maju dan kita bersama-samanya berjaya.
Salam dari GAHARUMAN RESOURCES.