Rabu, 27 Mei 2009

Ringkasan Kursus di Sarikei





Pada






23 Mei 2009 Sabtu, gaharuman telah memberikan kursus di salah sebuah hotel yang tertua di bandar sarikei. Salah seorang dari perserta merupakan pedagang gaharu pada awal tahun 90an yang menurut cerita orang beliaulah yang membeli gaharu di hutan menyewa helikopter pada masa itu. Beliau dijemput memberikan ucapan untuk menceritakan pengalamannya.
Berkebun gaharu memang menjanjikan hasil yang lumayan sehingga menjadikan kita seorang jutawan tetapi sebelum menceburi tanaman ini kita harus memiliki ilmu pengetahuan dan rakan yang jujur.

PERTEMUAN BERSEJARAH


2 orang (gaharu) iaitu En Mat Hasbollah(gaharuman) dan En. Mohd Nor Ibrahim (jasben) bertemu di pejabat Dr Rasip (FRIM). Banyak perkara2 telah diperbahaskan mengenai masa depan industri gaharu dan masalah2 terkini.

Senin, 11 Mei 2009

Ringkasan & Sekitar Gambar2 Kursus Gaharu di Mukah Sarawak

9 Mei 2009 - Gaharuman telah menyampaikan Kursus Penanaman dan Potensi Penanaman Gaharu di Dewan Suarah Mukah Sarawak. Seramai 32 orang peserta telah mengambil bahagian yang datang dari pelbagai bahagian negeri Sarawak. Mukah yang dahulunya terkenal dengan pengeluaran tepung sagu mungkinkah akan menjadi antara bahagian pengeluar gaharu di suatu hari nanti.



Selasa, 05 Mei 2009

Biji Benih Gaharu Sedia Untuk DiJual ( Tempahan Sudah DiTutup)




Biji Benih Gaharu F3 jenis A. Malacensis dan A. Filaria asal Indonesia panen/tuai bulan Mei siap untuk dijual. Kepada yang berminat sila hubungi Gaharuman (Mat Hasbollah) di talian +60133707271

PENDAFTARAN DIBUKA - KURSUS PENANAMAN DAN INDUSTRI GAHARU BULAN NOV 2012

Dijemput kepada penanam, bakal penanam pokok gaharu supaya menghadiri Kursus Penanaman Gaharu. Matlamat kursus ialah mendedahkan kepada peserta cara-cara penanaman gaharu (mengikut cara yang betul) mengenal jenis pokok gaharu, mengetahui potensi hasil gaharu dan indusrtinya dan pasarannya. Anda akan didedahkan ilmu dan maklumat oleh En. Mat Hasbollah Bin Sudin ( Pengurus Besar Gaharuman Resources) Kursus tersebut akan diadakan pada :

Tarikh : 25 NOVEMBER 2012 (Ahad)


Masa : 8.30pg - 3.30ptg

Tempat : Tanjong Karang Selangor.

Yuran : RM 250.00

Makan minum, kertas kerja, sijil penyertaan diberi.

Maklumat lanjut 0133707271

Gaharu

Gaharu
GAHARU sejenis kayu dengan berbagai bentuk dan warna yang khas, serta memiliki kandungan kadar damar wangi, berasal dari pohon atau bagian pohon penghasil gaharu yang tumbuh secara alami dan telah mati, sebagai akibat dari proses infeksi yang terjadi baik secara alami atau buatan pada pohon tersebut, dan pada umumnya terjadi pada pohon Aguilaria sp. (BSN, 1999).