Senin, 31 Desember 2007

Pengembangan Tanaman Gaharu Di Malaysia

GAHARU

Pohon Langka Bernilai Tinggi




GAHARUMAN

Pengembangan Tanaman Gaharu Di Malaysia

Gaharu adalah sejenis kayu dengan berbagai bentuk dan warna yang khas, memiliki kandungan damar wangi, berasal dari pohon atau bagian pohon penghasil gaharu, sebagai akibat dari proses infeksi yang terjadi secara alami atau buatan pada pohon Aguilaria sp (Thymelaeaceae).

Gaharu merupakan produk eksport. Tujuan ekspor adalah negara-negara di Uni Emirat Arab, Arab Saudi, Singapore, Taiwan, Jepun.

POHON GAHARU

Pohon Gaharu (Aquilaria spp.) adalah species asli Indonesia. Beberapa species gaharu komersial yang sudah mulai dibudidayakan adalah: Aquilaria. malaccensis, A. microcarpa, A. beccariana, A. hirta, A. filaria, dan Gyrinops verstegii. serta A. crassna asal Camboja

Bersambung-

Minggu, 23 Desember 2007

BENIH POKOK GAHARU DI JUAL

Sebagai memenuhi permintaan ramai, kami bersedia menyediakan anak benih gaharu dalam jumlah yang banyak. Anak benih jenis crassna asal Thailand. Untuk keperluan ladang dan khidmat nasihat/perbincangan percuma sila hubungi atau bertemu dengan kami.
Mat Hasbollah 013-3707271

Rabu, 05 Desember 2007

GaharuMan + Pakar Gaharu


Assalammualaikum....
Salam cinta kepada semua penggemar gaharu.
Kami nama baru dalam bidang gaharu. ( GAharuMan)
Kami mempunyai tekad akan menjadi salah sebuah syarikat yang memberi perkhidmatan terbaik kepda pelanggan kami.
Kami akan menambahkan ilmu dalam bidang gaharu, supaya kita tidak akan tertipu oleh orang yang akan menyambil kesempatan yang menjanjikan pulangan yang besar tetapi mereka tidak mempunyai ilmu.
Ingat pesan nabi, " mahu dunia mesti dengan ilmu, mahu akhirat mesti dengan ilmu dan kalau dunia dan akhirat mesti juga dengan ilmu," yang penting jangan terus berhenti mencari ilmu.

Sekian, terima kasih,

Senin, 03 Desember 2007

GaharuMan Ke Indonesia


Pada tanggal 6 Disember 2007 hingga 11 Disember 2007 ini, team gaharuman akan ke Indonesia.
Tujuan utama adalah untuk mempelajari lagi ilmu berkaitan dengan gaharu. Untuk sebarang pertanyaan ataupun urusan sila telefon pada 12 Disember 2007. Segala kesulitan amat di kesali.

Minggu, 02 Desember 2007

Harga Gaharu

Jadual Gred di Pasaran.

Buat masa ini tiada gred yang seragam dan selalunya berbeza mengikut negeri. Berikut adalah gred yang dikeluarkan oleh JPSM dalam Bengkel Penyeragaman Penggredan Gaharu di Semenanjung Malaysia pada awal bulan Jun 2007 yang lalu di Kuala Lipis Pahang.


GRED

Harga (perkilogram)

Super A

RM 25,000 ke atas

Gred A

RM 20,000

Gred B

RM 18,000

Gred C

RM 15,000

Gred D

RM 8,000

Gred E

RM 3,000

Lain-lain Gred

RM 500 – RM 1,000

Gred Kayu untuk Minyak

RM 5 – RM 100

Minyak Gaharu

RM 300 – RM 350/ tola (12gm)

Buat kata seorang kawan saya, harga gaharu sebenarnya terletak di mata, penjual dan pembelilah yang menentukan harganya.

Sabtu, 01 Desember 2007

Anak Pokok Gaharu


Kami membekal anak pokok gaharu asal Thailand.
Sesiapa yang memerlukan benih gaharu sila hubungi:
Mat Hasbullah H/P 013-3707271

Penghantaran seluruh Malaysia.

PENDAFTARAN DIBUKA - KURSUS PENANAMAN DAN INDUSTRI GAHARU BULAN NOV 2012

Dijemput kepada penanam, bakal penanam pokok gaharu supaya menghadiri Kursus Penanaman Gaharu. Matlamat kursus ialah mendedahkan kepada peserta cara-cara penanaman gaharu (mengikut cara yang betul) mengenal jenis pokok gaharu, mengetahui potensi hasil gaharu dan indusrtinya dan pasarannya. Anda akan didedahkan ilmu dan maklumat oleh En. Mat Hasbollah Bin Sudin ( Pengurus Besar Gaharuman Resources) Kursus tersebut akan diadakan pada :

Tarikh : 25 NOVEMBER 2012 (Ahad)


Masa : 8.30pg - 3.30ptg

Tempat : Tanjong Karang Selangor.

Yuran : RM 250.00

Makan minum, kertas kerja, sijil penyertaan diberi.

Maklumat lanjut 0133707271

Gaharu

Gaharu
GAHARU sejenis kayu dengan berbagai bentuk dan warna yang khas, serta memiliki kandungan kadar damar wangi, berasal dari pohon atau bagian pohon penghasil gaharu yang tumbuh secara alami dan telah mati, sebagai akibat dari proses infeksi yang terjadi baik secara alami atau buatan pada pohon tersebut, dan pada umumnya terjadi pada pohon Aguilaria sp. (BSN, 1999).