Rabu, 16 Juni 2010

LAPORAN KURSUS 12 JUN 2010





Tg. Karang 12 Jun 2010 - Seramai 10 orang peserta telah mengikuti Kursus Agrobisnis Gaharu yang dianjurkan oleh Gaharuman Resources. Peserta paling jauh ialah dari Kedah yang sanggup datang bersama beberapa teman demi mendapatkan ilmu gaharu. Salah seorang peserta pernah mengikuti kursus gaharu anjuran pihak lain tetapi mendakwa pihak berikut semuanya tidak tahu apabila ditanyakan soalan. Suasana kursus berlangsung dalam suasana kekeluargaan dan itulah impian gaharuman (En. Mat HAsbollah) apapun ilmu dan pengalaman yang ia ada akan disampaikan dengan penuh ikhlas dan nyata. Di akhir kursus anda akan dapat penjelasan dari penanaman, produk, inokulasi, pasaran dan baik buruk industri gaharu. Dijemput kepada pencinta dan peminat tanaman gaharu atau sesiapa yang ingin mengetahui tentang gaharu ikutilah kursus akan datang.

PENDAFTARAN DIBUKA - KURSUS PENANAMAN DAN INDUSTRI GAHARU BULAN NOV 2012

Dijemput kepada penanam, bakal penanam pokok gaharu supaya menghadiri Kursus Penanaman Gaharu. Matlamat kursus ialah mendedahkan kepada peserta cara-cara penanaman gaharu (mengikut cara yang betul) mengenal jenis pokok gaharu, mengetahui potensi hasil gaharu dan indusrtinya dan pasarannya. Anda akan didedahkan ilmu dan maklumat oleh En. Mat Hasbollah Bin Sudin ( Pengurus Besar Gaharuman Resources) Kursus tersebut akan diadakan pada :

Tarikh : 25 NOVEMBER 2012 (Ahad)


Masa : 8.30pg - 3.30ptg

Tempat : Tanjong Karang Selangor.

Yuran : RM 250.00

Makan minum, kertas kerja, sijil penyertaan diberi.

Maklumat lanjut 0133707271

Gaharu

Gaharu
GAHARU sejenis kayu dengan berbagai bentuk dan warna yang khas, serta memiliki kandungan kadar damar wangi, berasal dari pohon atau bagian pohon penghasil gaharu yang tumbuh secara alami dan telah mati, sebagai akibat dari proses infeksi yang terjadi baik secara alami atau buatan pada pohon tersebut, dan pada umumnya terjadi pada pohon Aguilaria sp. (BSN, 1999).