18 April 2009- Gaharuman telah diundang untuk memberi penerangan tentang penanaman gaharu dan potensi Industri Gaharu di Miri Serawak. Seramai 97 peserta telah mengambil bahagian. Setelah mendengar penjelasan daripada En Mat Hasbollah (Gaharuman) tentang potensi penanaman gaharu, peserta kursus telah bersepakat dan menubuhkan Persatuan Penanam Gaharu Negeri Serawak.
Gaharuman bersedia untuk menjadi pembimbing kepada persatuan untuk merialisasikan usaha penanaman gaharu sehingga menjadi kenyataan dan kejayaan. Untuk itu Gaharuman akan ke seluruh Serawak bagi menerangkan potensi penanaman gaharu.
Jadual Gaharuman di Serawak
10 Mei - Mukah
23 Mei - Sarikei
Semoga kita akan berjumpa di sana. InsyaAllah
Untuk keterangan lanjut sila hubungi
Jamali Bokhari 0138337654 /
Razali 0138410605