25 Julai 2009 Gaharuman sekali lagi menyampaikan Kursus Penanaman dan Potensi Industri Gaharu di MIRI Sarawak. Seramai 65 orang peserta telah hadir termasuk 4 orang peserta dari Negara Brunei Darusalam. Peserta telah didedahkan bagaimana untuk mengenalpasti gaharu asli menggunakan teknik-teknik tertentu. Ia disampaikan oleh salah seorang peserta dari Brunei yang berpengalam menggunakan kayu gaharu sejak 20tahun yang lalu.
Gaharuman juga berkesempatan melangkahkan kaki di Negara Brunei Darusalam dan menyambung tali persaudaraan di sana. InsyaAllah kita hijaukan bumi ini dengan tanaman gaharu.