Minggu, 27 Februari 2011

GAHARU - Ada yang rugi!!!

Kursus penanaman gaharu dan pembuatan teh hijau gaharu untuk bulan FEBUARI 2011 telah berjaya diadakan. Kebanyakan yang menghadiri kursus kali ini ialah mereka yang sudah terlibat atau yang sudah menanam pokok gaharu.
Gaharuman yang moto tubuhnya syarikat ini " Pusat Pengembangan Gaharu Untuk Masyarakat" sedia berkongsi maklumat dan ilmu tentang gaharu, tekonologi serta industrinya. Bak kata pepatah " sudah gaharu cendana pula sudah tahu bertanya pula". " kami sudah tanam 2000 pokok ustaz tapi kami main tanam je, jadi hari ini datang untuk belajar." kata salah seorang peserta.
Pernah ada orang yang baru ingin menceburi bidang jual beli teras gaharu terpaksa menerima hakikat kerugian sehingga belasan ribu ringgit. Orang yang terlibat pernah menghubungi kami melalui telefon mengatakan ingin menceburi dan membeli gaharu di Sarawak dan menjualnya di Semenanjung Malaysia. Ustaz beritahu kepada beliau pernah atau kenal tak dengan gaharu. hati-hati nanti terbeli gaharu buaya. Kalau boleh jangan beli, baik anda kirim sample kepada kami dulu supaya kami dapat buat kesimpulan.
Tanpa menghantar contoh dan menghubungi kami beliau tetap membeli dan terus ke Johor Baharu untuk menjual gaharu tersebut. Gaharu yang dibeli RM 5000.00 sekilo hanya laku RM 5.00 sekilo kerana itu gaharu buaya. Begitulah serba ringkas cerita tersebut dan banyak kisah lagi.
Jadi kami hadir ditengah-tengah masyarakat untuk membantu mereka baik dibidang penanaman, benih, pemasaran, industri dan sebagainya.
Kami menjemput para pencinta gaharu supaya hadir dan mengikuti kursus anjuran kami yang akan disampaikan sendiri oleh Pengurus Gaharuman Ustaz Mat Hasbollah.
Sekian.

PENDAFTARAN DIBUKA - KURSUS PENANAMAN DAN INDUSTRI GAHARU BULAN NOV 2012

Dijemput kepada penanam, bakal penanam pokok gaharu supaya menghadiri Kursus Penanaman Gaharu. Matlamat kursus ialah mendedahkan kepada peserta cara-cara penanaman gaharu (mengikut cara yang betul) mengenal jenis pokok gaharu, mengetahui potensi hasil gaharu dan indusrtinya dan pasarannya. Anda akan didedahkan ilmu dan maklumat oleh En. Mat Hasbollah Bin Sudin ( Pengurus Besar Gaharuman Resources) Kursus tersebut akan diadakan pada :

Tarikh : 25 NOVEMBER 2012 (Ahad)


Masa : 8.30pg - 3.30ptg

Tempat : Tanjong Karang Selangor.

Yuran : RM 250.00

Makan minum, kertas kerja, sijil penyertaan diberi.

Maklumat lanjut 0133707271

Gaharu

Gaharu
GAHARU sejenis kayu dengan berbagai bentuk dan warna yang khas, serta memiliki kandungan kadar damar wangi, berasal dari pohon atau bagian pohon penghasil gaharu yang tumbuh secara alami dan telah mati, sebagai akibat dari proses infeksi yang terjadi baik secara alami atau buatan pada pohon tersebut, dan pada umumnya terjadi pada pohon Aguilaria sp. (BSN, 1999).