Minggu, 14 Februari 2010

KURSUS GAHARU 13 FEB 2010




Tg. Karang, Selangor - Seramai 9 orang peserta telah menghadiri "Kursus Penanaman dan Potensi Industri Pokok Gaharu yang di adakan pada 13 Feb 2010 yang lalu. Semua peserta telah mendapat penjelasan yang sangat mendalam tentang Industri pokok gaharu. Semua orang boleh menceburi tanaman ini dengan modal yang minima dan yang penting setiap orang haruslah membudidayakan tanaman ini.

Senin, 02 November 2009

Laporan Kursus Pada 31 Oktober 2009







Seramai 26 peserta dari seluruh negeri telah menghadiri Kursus Agrobisnis Gaharu pada 31 Oktober 2009. Peserta didedahkan tentang pokok gaharu, teknologi dan industri gaharu. Peserta bertuah kerana Dr. Ab. Rasip dari FRIM berkesempatan hadir bagi memberi taklimat mengenai penanaman pokok gaharu.



Peserta telah dibawa melawat kebun gaharu yang ditanam bersama kelapa sawit serta pokok limau purut dan kari bagi mendapatkan hasil sampingan. Di akhir acara peserta diberikan pokok gaharu sebanyak 10 pokok untuk ditanam di tempat masing-masing. Semoga ilmu yang telah dipelajari dapat dipraktikan untuk mendapatkan pengalaman.



Semoga industri gaharu akan berkembang maju dan kita bersama-samanya berjaya.



Salam dari GAHARUMAN RESOURCES.

Kamis, 20 Agustus 2009

KURSUS GAHARU





15 Ogos 2009- Kursus Penanaman dan potensi penanaman gaharu di Tg. Karang telah berjaya di adakan. Seramai 21 peserta telah hadir pelbagai latarbelakang. Rasa ingin tahu yang tinggi mengenai gaharu dikalangan peserta dan penjelasan dari En Mat membuat kursus kali ini bersemangat, meriah dan kekeluargaan. Tahniah dan terima kasih dari kami Gaharuman Resources. Semoga silatulrahmi dan jaringan sesama kita berpanjangan.

Kamis, 13 Agustus 2009

Me'Inokulasi Pokok Gaharu



Tanggal 1 Ogos 2009 Gaharuman team telah melakukuan suntikan inokulan ke atas pokok gaharu di Temerloh Pahang. 1 Batang pokok yang sebesar pemeluk dan 2 batang pokok kecil.

Minggu, 02 Agustus 2009

GAHARUMAN DI MIRI






25 Julai 2009 Gaharuman sekali lagi menyampaikan Kursus Penanaman dan Potensi Industri Gaharu di MIRI Sarawak. Seramai 65 orang peserta telah hadir termasuk 4 orang peserta dari Negara Brunei Darusalam. Peserta telah didedahkan bagaimana untuk mengenalpasti gaharu asli menggunakan teknik-teknik tertentu. Ia disampaikan oleh salah seorang peserta dari Brunei yang berpengalam menggunakan kayu gaharu sejak 20tahun yang lalu.
Gaharuman juga berkesempatan melangkahkan kaki di Negara Brunei Darusalam dan menyambung tali persaudaraan di sana. InsyaAllah kita hijaukan bumi ini dengan tanaman gaharu.

Selasa, 21 Juli 2009

Kursus Agrobisnis Gaharu





20 Julai, Tg Karang. Seramai 11 orang peserta telah hadir untuk mengikuti Kursus Penanaman dan Potensi Industri Gaharu. Peserta yang hadir dari Kedah, Perak, Melaka dan Selangor berazam untuk menaman gaharu kerana mendapati potensi tanaman ini semakin baik. Menurut En Judi selain untuk mendapatkan keuntungan, penanaman pokok gaharu ini dianggap mulia kerana kita telah membantu menghijaukan bumi ini.

Selasa, 07 Juli 2009

GAHARUMAN DI KUCHING




4 Julai 2009 Sabtu, Gaharuman sekali lagi memberi penerangan tentang Gaharu dan Industri Gaharu di bumi Sarawak. Kali ini kami di Kuching. Bertempat di Dewan DBKU. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang hadir untuk mendengar penerangan daripada kami dan kami berharap agar perhubungan kita berpanjangan untuk menjadikan tanaman pokok gaharu sebagai pendapatan kita. InsyaAllah kami akan terus membantu dan menberi khidmat nasihat berterusan. InsyaAllah Gahruman akan ke Miri pada 25 Julai.

PENDAFTARAN DIBUKA - KURSUS PENANAMAN DAN INDUSTRI GAHARU BULAN NOV 2012

Dijemput kepada penanam, bakal penanam pokok gaharu supaya menghadiri Kursus Penanaman Gaharu. Matlamat kursus ialah mendedahkan kepada peserta cara-cara penanaman gaharu (mengikut cara yang betul) mengenal jenis pokok gaharu, mengetahui potensi hasil gaharu dan indusrtinya dan pasarannya. Anda akan didedahkan ilmu dan maklumat oleh En. Mat Hasbollah Bin Sudin ( Pengurus Besar Gaharuman Resources) Kursus tersebut akan diadakan pada :

Tarikh : 25 NOVEMBER 2012 (Ahad)


Masa : 8.30pg - 3.30ptg

Tempat : Tanjong Karang Selangor.

Yuran : RM 250.00

Makan minum, kertas kerja, sijil penyertaan diberi.

Maklumat lanjut 0133707271

Gaharu

Gaharu
GAHARU sejenis kayu dengan berbagai bentuk dan warna yang khas, serta memiliki kandungan kadar damar wangi, berasal dari pohon atau bagian pohon penghasil gaharu yang tumbuh secara alami dan telah mati, sebagai akibat dari proses infeksi yang terjadi baik secara alami atau buatan pada pohon tersebut, dan pada umumnya terjadi pada pohon Aguilaria sp. (BSN, 1999).