Rabu, 16 Mei 2012


TEKNIK MENGHASILKAN TERAS GAHARU SUPER


                Terdapat 2 jenis teknologi untuk menghasilkan teras gaharu.
1.       Teknologi Inokulasi
2.       Teklonogi Inducement
Apa itu Inokulasi dan Inducemet?
A.      Teknologi  Inokulasi
Inokulation adalah satu proses yang melibatkan kerja terancang menebuk lubang pada batang pokok gaharu.Penebukan lubang perlu dijalankan dengan teliti dengan mengambil kira diameter pokok yang akan di inokulasi. Kemudian mikroorganisma yang akan menyakitkan pokok gaharu akan di masukkan ke dalam tebukan tadi. Pokok akan mengalami serangan dari mikroorganisma dan perlu mempertahankan diri. Tanpa organ seperti haiwan, pokok mempertahankan dirinya dengan mengeluarkan resin sebagai sistem mempertahankan dirinya. Dengan cara ini resin akan terbentuk secara teratur di setiap tebukan lubang sepanjang batang dan dahan pokok. Beberapa jenis mikroorganisma boleh digunakan sebagai bahan asas inokulasi. Salah satu spesis yang popular adalah daripada keluarga Fusarium. Dengan menggunakan teknologi inokulasi ini lazimnya teras yang terhasil adalah diantara 1kg sehingga 3 kg teras/pokok dan tempoh matang adalah 2 tahun.
B.      Teknologi  Inducement
Inducement ialah proses yang serupa seperti proses inokulasi di atas, yang membezakan hanyalah bahan yang digunakan adalah sejenis serum makanan pokok dan bukan mikroorganisma. Berbeza dari inokulasi, inducement memerlukan kawalan penebukan lubang yang berlainan berbanding inokulasi. Serum ternyata lebih kuat dan lebih cepat menghasilkan resin berbanding inokulasi mikroorganisma. Teknik inokulasi ini tidak bertujuan untuk menyakitkan pokok tetapi ia menggalakkan pokok gaharu mengeluarkan resin secara semulajadi dalam kuantiti yang banyak. Dengan teknologi ini teras yang terhasil adalah lebih banyak berbanding inokulasi iaitu dalam lingkungan diantara 2kg sehingga 8 kg teras/pokok dan tempoh matang adalah 1 tahun 6 bulan.*
*petikan dari sumber blog

Bambootec - Teknologi Inducement

Seperti yang dijelaskan di atas, teknologi Inducement lebih mudah, cepat dan banyak menghasilkan teras gaharu. Bambootec telah dihasilkan dengan kajian yang mendalam di lap dan juga pengalaman demi pengalaman teknik menghasilkan teras gaharu. Dengan menggunakan serum yang sesuai untuk semua jenis pokok gaharu maka penggunaan Bambootec kini lebih menguntungkan. InsyaAllah.

1 pek Bambootec untuk 3-4 pokok
Harga 1 Pek : RM 150.00

Sila hubungi : Ust Mat Hasbollah - 013-3707271

PENDAFTARAN DIBUKA - KURSUS PENANAMAN DAN INDUSTRI GAHARU BULAN NOV 2012

Dijemput kepada penanam, bakal penanam pokok gaharu supaya menghadiri Kursus Penanaman Gaharu. Matlamat kursus ialah mendedahkan kepada peserta cara-cara penanaman gaharu (mengikut cara yang betul) mengenal jenis pokok gaharu, mengetahui potensi hasil gaharu dan indusrtinya dan pasarannya. Anda akan didedahkan ilmu dan maklumat oleh En. Mat Hasbollah Bin Sudin ( Pengurus Besar Gaharuman Resources) Kursus tersebut akan diadakan pada :

Tarikh : 25 NOVEMBER 2012 (Ahad)


Masa : 8.30pg - 3.30ptg

Tempat : Tanjong Karang Selangor.

Yuran : RM 250.00

Makan minum, kertas kerja, sijil penyertaan diberi.

Maklumat lanjut 0133707271

Gaharu

Gaharu
GAHARU sejenis kayu dengan berbagai bentuk dan warna yang khas, serta memiliki kandungan kadar damar wangi, berasal dari pohon atau bagian pohon penghasil gaharu yang tumbuh secara alami dan telah mati, sebagai akibat dari proses infeksi yang terjadi baik secara alami atau buatan pada pohon tersebut, dan pada umumnya terjadi pada pohon Aguilaria sp. (BSN, 1999).