Senin, 21 Mei 2012
Rabu, 16 Mei 2012
TEKNIK
MENGHASILKAN TERAS GAHARU SUPER
Terdapat 2 jenis teknologi untuk
menghasilkan teras gaharu.
1. Teknologi Inokulasi
2. Teklonogi Inducement
Apa itu Inokulasi dan Inducemet?
A.
Teknologi Inokulasi
Inokulation adalah satu proses yang melibatkan
kerja terancang menebuk lubang pada batang pokok gaharu.Penebukan lubang perlu
dijalankan dengan teliti dengan mengambil kira diameter pokok yang akan di
inokulasi. Kemudian mikroorganisma yang akan menyakitkan pokok gaharu akan di
masukkan ke dalam tebukan tadi. Pokok akan mengalami serangan dari
mikroorganisma dan perlu mempertahankan diri. Tanpa organ seperti haiwan, pokok
mempertahankan dirinya dengan mengeluarkan resin sebagai sistem mempertahankan
dirinya. Dengan cara ini resin akan terbentuk secara teratur di setiap tebukan
lubang sepanjang batang dan dahan pokok. Beberapa jenis mikroorganisma boleh
digunakan sebagai bahan asas inokulasi. Salah satu spesis yang popular adalah
daripada keluarga Fusarium. Dengan menggunakan teknologi inokulasi ini lazimnya
teras yang terhasil adalah diantara 1kg sehingga 3 kg teras/pokok dan tempoh
matang adalah 2 tahun.
B.
Teknologi Inducement
Inducement ialah proses yang serupa seperti
proses inokulasi di atas, yang membezakan hanyalah bahan yang digunakan adalah
sejenis serum makanan pokok dan bukan mikroorganisma. Berbeza dari inokulasi,
inducement memerlukan kawalan penebukan lubang yang berlainan berbanding
inokulasi. Serum ternyata lebih kuat dan lebih cepat menghasilkan resin
berbanding inokulasi mikroorganisma. Teknik inokulasi ini tidak bertujuan
untuk menyakitkan pokok tetapi ia menggalakkan pokok gaharu mengeluarkan resin
secara semulajadi dalam kuantiti yang banyak. Dengan teknologi ini teras yang
terhasil adalah lebih banyak berbanding inokulasi iaitu dalam lingkungan
diantara 2kg sehingga 8 kg teras/pokok dan tempoh matang adalah 1 tahun 6
bulan.*
*petikan
dari sumber blog
Bambootec - Teknologi Inducement
Seperti
yang dijelaskan di atas, teknologi Inducement lebih mudah, cepat dan banyak
menghasilkan teras gaharu. Bambootec telah dihasilkan dengan kajian yang mendalam
di lap dan juga pengalaman demi pengalaman teknik menghasilkan teras gaharu.
Dengan menggunakan serum yang sesuai untuk semua jenis pokok gaharu maka
penggunaan Bambootec kini lebih menguntungkan. InsyaAllah.
1 pek Bambootec untuk 3-4 pokok
Harga 1 Pek : RM 150.00
Sila hubungi : Ust Mat Hasbollah - 013-3707271
Langganan:
Postingan (Atom)
PENDAFTARAN DIBUKA - KURSUS PENANAMAN DAN INDUSTRI GAHARU BULAN NOV 2012
Dijemput kepada penanam, bakal penanam pokok gaharu supaya menghadiri Kursus Penanaman Gaharu. Matlamat kursus ialah mendedahkan kepada peserta cara-cara penanaman gaharu (mengikut cara yang betul) mengenal jenis pokok gaharu, mengetahui potensi hasil gaharu dan indusrtinya dan pasarannya. Anda akan didedahkan ilmu dan maklumat oleh En. Mat Hasbollah Bin Sudin ( Pengurus Besar Gaharuman Resources) Kursus tersebut akan diadakan pada :
Tarikh : 25 NOVEMBER 2012 (Ahad)
Masa : 8.30pg - 3.30ptg
Tempat : Tanjong Karang Selangor.
Yuran : RM 250.00
Makan minum, kertas kerja, sijil penyertaan diberi.
Maklumat lanjut 0133707271
Tarikh : 25 NOVEMBER 2012 (Ahad)
Masa : 8.30pg - 3.30ptg
Tempat : Tanjong Karang Selangor.
Yuran : RM 250.00
Makan minum, kertas kerja, sijil penyertaan diberi.
Maklumat lanjut 0133707271