



29 Januari 2011, Tg. Karang - Gaharuman Resources telah berjaya menganjurkan Kursus Pembuatan Teh Hijau Gaharu yang pertama pernah diadakan. Pengurus Besar Gaharuman Ustaz Mat Hasbollah Sudin berkata beliau ingin membuka peluang kepada masyarakat untuk menjadi usahawan yang berjaya terutama di dalam bidang gaharu, sesuai dengan moto syarikat "Pengembangan Gaharu Untuk Masyarakat". Sudah lebih 2 tahun kami menganjurkan kursus penanaman gaharu dengan jumlah peserta ribuan orang maka sekarang sudah tiba masanya kami menganjurkan kursus pembuatan teh gaharu, ujarnya lagi.
Seramai 12 orang peserta telah menyertai kursus ini yang datang dari Kedah hingga Johor, Peserta di terangkan khasiat teh gaharu, memilih daun gaharu dan pembuatan teh gaharu terbaik. Di akhir kursus peserta akan merasakan sendiri rasa teh gaharu yang mereka petik daun dan buat sendiri. Peserta membuat pengakuan bahawa teh yang mereka buat adalah teh gaharu no 1 dan terbaik.
Semoga semua menjadi lebih sihat dan menjadi usahawan teh gaharu.
Kepada yang berminat untuk mengikuti kursus pembuatan teh gaharu akan datang :
Tarikh : 27 Febuari 2011(Ahad)
Tempat : Tanjung Karang Selangor
Yuran : RM 250.00
untuk maklumat lanjut sila hubungi Ust Mat Hasbollah 013-3707271