30 Oktober 2011, Tg. Karang - Seramai 20 orang peserta telah mengikuti Kursus Agrobisnis Gaharu anjuran Gaharuman Resources. Seorang komlomrat dari Batam telah mengikuti kursus ini. Seorang bekas pensyarah universiti tempatan juga sudi mengikuti kali ini.
Peserta berbagai latar belakang ini dapat menambahkan input-input baru tentang industri gaharu dalam sesi bertukar pandangan. Ramai juga peserta yang sudah menanam gaharu dalam jumlah yang banyak tetapi masih datang untuk menambah ilmu.
Untuk meningkatkan hasil tanaman gaharu, semua pihak harus terlibat bagi memastikan ianya benar-benar mendatangkan keuntungan. Adalah diharapkan pihak kerajaan, penyelidik-penyelidik serius dan fokus kepada industri ini kerana masa depan industri ini sangat baik dan menguntungkan kepada rakyat dan kerajaan.
Bagi sesiapa yang berminat dan mendalami ilmu gaharu, kami menjemput dengan hormatnya pada kursus pada 27 November 2011. Bayak faedah diperolehi apabila anda mengikuti kursus ini. InsyaAllah. Sekian,