


30 Oktober 2010 (Sabtu). Seramai 23 peserta termasuk seorang peserta dari Kuching Sarawak telah menghadiri dan mengikuti Kursus AgroBisnis Gaharu yang telah diadakan di Tanjong Karang Selangor. Kebanyakkan peserta yang hadir ingin menambahkan ilmu pengetahuan dan mencari ilmu baru sebelum menceburi bidang tanaman gaharu. Kerana setiap wang yang akan dikeluarkan mestilah tepat dan tidak dirugikan. Adalah berbaloi mengeluarkan wang kursus dan menghabiskan masa 1 hari untuk mendapatkan ilmu gaharu.
Salah seorang peserta dari Johor sanggup membawa contoh pokok gaharu dan batang gaharu serta daun gaharu yang dijumpainya didalam hutan kebun di kawasan beliau untuk dikongsikan bersama Gaharuman dan peserta-peserta yang lain. Ia sungguh membantu dan kami mengucapkan terima kasih.
Industri gaharu kini telah dipantau dan diatur oleh MTIB. Segala bentuk pengerjaan mulai dari penanaman sehinggalah kepada produk akan di bantu oleh pihak MTIB. Ini adalah berita gembira kepada kita semua pecinta gaharu. Kami Gaharuman Resources menyokong penuh usaha MTIB ini. Kami akan membantu bersama-sama kerana misi kami "Pusat pengembangan gaharu untuk masyrakat".
Kami berterima kasih kepada semua peserta yang hadir dan kami mengajak semua masyarakat menghadiri kursus kami untuk mendapat maklumat mengenai gaharu pada kursus yang akan di buat di masa akan datang. Sekian.