

Tg. Karang 24 Julai 2010- Kursus agrobisnis Gaharu telah berjaya diadakan. Peserta yang paling jauh adalah dari Sarawak diikuti dari Johor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor. Kursus kali ini dihadiri oleh wakil agensi kerajaan iaitu Majlis Daerah Hulu Selangor. Seperti biasa, peserta akan didedahkan tentang ilmu gaharu meliputi penanaman, inokulasi, penuaian, perdagangan dan industri gaharu. Peserta dibawa melawat ladang gaharu yang di tanam di Tanjong Karang. Kursus akan datang pada 30 Oktober 2010