Kamis, 29 Mei 2008

Lagi Berita Terkini Industri Gaharu

KOTA BHARU, 26 Mei - Kelantan mungkin menjadi negeri pertama di negara ini yang meneroka secara komersial industri gaharu memandangkan ladang seluas 1,000 ekar sudah ditanam dengan pokok tersebut di Gua Musang.

Pokok gaharu atau lebih dikenali sebagai depu akan meningkatkan lagi pencapaian Kelantan dalam bidang biotek.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Husam Musa berkata, pokok depu mampu mengeluarkan hasil sehingga mencecah RM2 juta setiap satu ekar dalam tempoh 10 tahun.


Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Menceburi Industri Gaharu, di sebuah hotel di sini, semalam katanya tanaman pokok depu juga secara tidak langsung dapat mengekalkan alam semulajadi.

Seramai 50 peserta yang terdiri dari golongan profesional dari beberapa negara termasuk Yaman dan Brunei hadir pada seminar berkenaan.

Husam berkata, setiap satu ekar ditanam sebanyak 400 pokok depu.

"Kerajaan negeri juga akan mengeluarkan sijil khusus sebagai hak pemilikan ladang terbabit kepada pengusahanya bagi membolehkan sebahagian tanah tersebut dijual pada harga minimum," ujarnya.

Berucap sebelum itu beliau memberitahu kerajaan negeri akan memberi penerangan kepada rakyat mengenai potensi pokok tersebut memandangkan pokok depu mempunyai dua kategori iaitu bermutu dan tidak.

"Kita tidak mahu mereka menanam pokok begitu sahaja tanpa mendapat ilmu khusus, nanti apabila sampai tempoh 10 tahun, tiba-tiba pokok itu rupanya tidak bermutu," katanya.

Beliau juga berkata, penanaman pokok depu perlu dilaku secara komersial dan bukan lagi mengekalkan kaedah tradisional memandangkan permintaannya begitu tinggi. -

Salmah Mat Husain
harakahdaily

PENDAFTARAN DIBUKA - KURSUS PENANAMAN DAN INDUSTRI GAHARU BULAN NOV 2012

Dijemput kepada penanam, bakal penanam pokok gaharu supaya menghadiri Kursus Penanaman Gaharu. Matlamat kursus ialah mendedahkan kepada peserta cara-cara penanaman gaharu (mengikut cara yang betul) mengenal jenis pokok gaharu, mengetahui potensi hasil gaharu dan indusrtinya dan pasarannya. Anda akan didedahkan ilmu dan maklumat oleh En. Mat Hasbollah Bin Sudin ( Pengurus Besar Gaharuman Resources) Kursus tersebut akan diadakan pada :

Tarikh : 25 NOVEMBER 2012 (Ahad)


Masa : 8.30pg - 3.30ptg

Tempat : Tanjong Karang Selangor.

Yuran : RM 250.00

Makan minum, kertas kerja, sijil penyertaan diberi.

Maklumat lanjut 0133707271

Gaharu

Gaharu
GAHARU sejenis kayu dengan berbagai bentuk dan warna yang khas, serta memiliki kandungan kadar damar wangi, berasal dari pohon atau bagian pohon penghasil gaharu yang tumbuh secara alami dan telah mati, sebagai akibat dari proses infeksi yang terjadi baik secara alami atau buatan pada pohon tersebut, dan pada umumnya terjadi pada pohon Aguilaria sp. (BSN, 1999).