Kamis, 03 April 2008

Berita Terkini


Gaharuman mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung blog kami dan kepada semua yang sudah terlibat memberi kepercayan kepada perkhidmatan kami. Gaharuman terus komited untuk menjadikan industri gaharu sebagai salah satu industri yang akan menyumbang kepada rakyat dan pendapatan negara.
InsyaAllah gaharuman akan menubuhkan sebuah pusat latihan dan penyelidikan gaharu di Kelantan. Doakan semoga berjaya.
Terbaru- gaharuman sedang berusaha mencari pasaran gaharu seluruh dunia. Ini perlu kerana dijangkakan 2 tahun lagi gaharu hasil suntikan akan berhasil. Gaharuman bercita-cita untuk menjadi pengekspot gaharu utama negara.
Kami mempunyai gaharu kelas biasa untuk dijual. Ia berbentuk seperti biawak. Sesiapa yang berminat sila hubungi kami di 013-3707271.

Sabtu, 02 Februari 2008

Hasil Suntikan



Baru seminggu suntikan hasil serangan inukulan telah kelihatan. Ia memang menghairankan kami. Inukulan cecair memang lebih aktif daripada inululan berbentuk padat.

Jumat, 25 Januari 2008

Sekitar gambar di Raub Pahang

















Team GaharuMan bersama tuan pohon gaharu. Kelihatan kerja pengeboran sedang dijalankan. Penyuntikan dilakukan setinggi 50 kaki.

Kamis, 24 Januari 2008

BUDIDAYA GAHARU

Budidaya gaharu terdiri dari beberapa tahap kegiatan atl.:

· Pemilihan Species

Aquilaria malaccensis, A. microcarpa serta A. crassna adalah species penghasil gubal gaharu dengan aroma yang sangat disenangi masyarakat Timur Tengah, sehingga memiliki harga paling tinggi.

· Lokasi Penanaman.

Gaharu dapat ditanam mulai dari dataran rendah sampai pegunungan dengan ketinggian 750 m dpl.

· Pola Tanam

Monokultur atau sistem campur (tumpangsari, atau agroforestry)

· Jarak Tanam

Jarak tanam 3 x 3 m (1.000 pohon/ha.), namun dapat juga 2.5 x 3 m sampai 2.5 x 5 m. Jika tanaman gaharu ditanam pada lahan yang sudah ditumbuhi tanaman lain, maka jarak tanaman gaharu minimal 3 m dari tanaman tersebut.

· Lubang tanam

Ukuran lubang tanam adalah 40 x 40 x 40 cm. Lubang yang sudah digali dibiarkan minimal 1 minggu, agar lubang beraerasi dengan udara luar. Kemudian masukkan pupuk dasar, campuran serbuk kayu lapuk dan kompos dengan perbandingan 3 : 1 sampai mencapai ¾ ukuran lubang. Kemudian setelah beberapa minggu pohon gaharu, siap untuk ditanam.

· Penanaman

Penanaman benih gaharu sebaiknya dilakukan pada awal musim hujan di pagi hari sampai jam 11.00, dan dapat dilanjutkan pada jam 4 petang harinya.

· Pemeliharaan

Pemupukan dapat dilakukan sekali 3 bulan, namun dapat juga setiap 6 bulan dengan kompos sebanyak 3 kg melalui pendangiran dibawah canopy. Penggunaan pupuk kimia seperti NPK dan majemuk dapat juga ditambahkan setiap 3 bulan dengan dosis rendah (5 gr/tanaman) setelah tanaman berumur 1 tahun, kemudian dosisnya bertambah sesuai dengan besarnya batang tanaman. Hama tanaman gaharu yang perlu diperhatikan adalah kutu putih yang hidup di permukaan daun bawah, bila kondisi lingkungan lembab. Pencegahan dilakukan dengan pemangkasan pohon pelindung dan pruning agar kena cahaya matahari diikuti penyemprotan pestisida seperti Tiodane, Decis, Reagent., dll Pembersihan gulma dapat dilakukan sekali 3 bulan atau pada saat dipandang perlu.

Pemangkasan pohon dilakukan pada umur 3 sampai 5 tahun, dengan memotong cabang bagian bawah dan menyisakan 4 sampai 10 cabang atas. Pucuk tanaman dipangkas dan dipelihara cukup sekitar 5 m, sehingga memudahkan pekerjaan inokulasi gaharu.

Jumat, 18 Januari 2008

PROSPEK BISNIS GAHARU

Sebanyak 2000 ton/tahun gaharu memenuhi pusat perdagangan gaharu di Singapura. Gaharu tersebut 70% berasal dari Indonesia dan 30% dari negara-negara Asia Tenggara lainnya. Hutan alam sudah tidak mampu lagi

menyediakan gaharu. Gaharu hasil budidaya merupakan alternatif pilihan untuk mendukung keperluan masyarakat dunia secara berkelanjutan.

Jika satu pohon gaharu hasil budidaya menghasilkan 10 kg gaharu (semua kelas), maka diperlukan pemanenan 200.000 pohon setiap tahun.

Minggu, 13 Januari 2008

HARGA GAHARU

Gaharu memiliki nilai harga mulai dari RM 5 – RM 25 000/kg tergantung asal species pohon dan kualiti gaharu. Sedangkan minyak gaharu umumnya disuling dari gaharu kelas rendah (kemedangan) memiliki harga mulai dari RM 300 – RM 350/ tola (12gm).

KLASIFIKASI GAHARU

Abuk gaharu terdiri dari :

Kemedangan terdiri dari :

Gubal gaharu terdiri dari :

Abuk gaharu Super, Abuk gaharu kemedangan A, Kacang, Abuk gaharu kemedangan TGC

Kemedangan A, B, C, TGC , (BC), Kemedangan Putih, Teri Kacang (terapung).

Double Super, Super A, Super B, Kacang, Teri A, Teri B, dan dan Sabah (tenggelam).


PENDAFTARAN DIBUKA - KURSUS PENANAMAN DAN INDUSTRI GAHARU BULAN NOV 2012

Dijemput kepada penanam, bakal penanam pokok gaharu supaya menghadiri Kursus Penanaman Gaharu. Matlamat kursus ialah mendedahkan kepada peserta cara-cara penanaman gaharu (mengikut cara yang betul) mengenal jenis pokok gaharu, mengetahui potensi hasil gaharu dan indusrtinya dan pasarannya. Anda akan didedahkan ilmu dan maklumat oleh En. Mat Hasbollah Bin Sudin ( Pengurus Besar Gaharuman Resources) Kursus tersebut akan diadakan pada :

Tarikh : 25 NOVEMBER 2012 (Ahad)


Masa : 8.30pg - 3.30ptg

Tempat : Tanjong Karang Selangor.

Yuran : RM 250.00

Makan minum, kertas kerja, sijil penyertaan diberi.

Maklumat lanjut 0133707271

Gaharu

Gaharu
GAHARU sejenis kayu dengan berbagai bentuk dan warna yang khas, serta memiliki kandungan kadar damar wangi, berasal dari pohon atau bagian pohon penghasil gaharu yang tumbuh secara alami dan telah mati, sebagai akibat dari proses infeksi yang terjadi baik secara alami atau buatan pada pohon tersebut, dan pada umumnya terjadi pada pohon Aguilaria sp. (BSN, 1999).