Rabu, 29 September 2010

BERCINTA DENGAN GAHARU



Namanya memang sudah lama kami dengar namum baru di bulan Ramadahan yang mulia tahun ini kami berpeluang bertemu dengan Haji Wahab Dollah, seorang pengusaha kebun/ ladang gaharu yang terbesar dan terawal di Malaysia.Pertemuan bersejarah ini bertempat di bilik mesyuarat MTIB apabila kami dipanggil untuk diberi taklimat mengenai projek Inokulasi anjuran MTIB di ladang milik beliau. Dengan keluasan melebihi 30 hektar dan jumlah tanaman melebihi 40 000 pohon membuatkan saya bertanya mengapa tuan haji sanggup melaburkan wang berjuta ringgit untuk tanaman gaharu sedangkan pada masa itu (tahun 2002) orang belum bercerita tentang industri gaharu malahan jikalau kita perhatikan hasil gaharu di alam, faktanya tidak semua pokok gaharu walaupun sudah berusia melebihi 20 tahun namun tidak menghasilkan gaharu. Saya bersetuju dengan jawab balas Haji Wahab, didalam 100 pokok gaharu pasti ada yang menghasilkan gaharu.
Pada 6 syawal saya dan rakan-rakan berkesempatan mengunjungi ladang milik Haji Wahab. Kami ditunggu di Kuala Lipis dan kemudian menaiki kereta pacuan 4 roda milik beliau ke ladang. Semasa perjalanan kami sempat berbual mengenai cerita-cerita gaharu sepanjang pengalaman beliau didalam keterlibatan beliau. Segala pengalaman beliau sangat berharga dan akan menjadi panduan kami.
Setibanya kami di ladang beliau kami diberi taklimat dan berbincang lanjut mengenai tanaman, pola tanaman pokok gaharu milik beliau. Sempat kami membakar ranting patah dan gaharu terluka yang mengeluarkan bau yang sangat harum.
Sebenarnya telah banyak orang berkunjung ke ladang milik beliau termasuk dari luar negara. Apa yang kami kagum dengan semangat Haji Wahab ialah walaupun beliau pernah ditawarkan puluhan juta ringgit tetapi beliau tetap tidak goyah kerana yakin hasil yang akan dituai nanti akan melebihi nilai tawaran tersebut.
Akhirnya kami sungguh berasa bangga dengan Hj Wahab kerana telah menanam pokok gaharu jenis asli Malaysia iaitu A. Malaccencis. Mari kita menyikut jejak beliau yang mana gaharu asli Malaysia telah terbukti akan pasarannya.

PENDAFTARAN DIBUKA - KURSUS PENANAMAN DAN INDUSTRI GAHARU BULAN NOV 2012

Dijemput kepada penanam, bakal penanam pokok gaharu supaya menghadiri Kursus Penanaman Gaharu. Matlamat kursus ialah mendedahkan kepada peserta cara-cara penanaman gaharu (mengikut cara yang betul) mengenal jenis pokok gaharu, mengetahui potensi hasil gaharu dan indusrtinya dan pasarannya. Anda akan didedahkan ilmu dan maklumat oleh En. Mat Hasbollah Bin Sudin ( Pengurus Besar Gaharuman Resources) Kursus tersebut akan diadakan pada :

Tarikh : 25 NOVEMBER 2012 (Ahad)


Masa : 8.30pg - 3.30ptg

Tempat : Tanjong Karang Selangor.

Yuran : RM 250.00

Makan minum, kertas kerja, sijil penyertaan diberi.

Maklumat lanjut 0133707271

Gaharu

Gaharu
GAHARU sejenis kayu dengan berbagai bentuk dan warna yang khas, serta memiliki kandungan kadar damar wangi, berasal dari pohon atau bagian pohon penghasil gaharu yang tumbuh secara alami dan telah mati, sebagai akibat dari proses infeksi yang terjadi baik secara alami atau buatan pada pohon tersebut, dan pada umumnya terjadi pada pohon Aguilaria sp. (BSN, 1999).