Rabu, 18 Februari 2009

HASIL SUNTIKAN INOKULAN




Inokulan GM 1 telah membuktikan bahawa hasil suntikan selama 1 tahun menghasilkan minyak gaharu yang bermutu dan asli serta bebas dari segala bahan kimia.
Pada 17 Jan 2009 Gaharuman telah menebang pokok gaharu yang telah disuntik selama 1 tahun untuk melihat hasil suntikan tersebut. Setelah ditebang kayu tersebut di proses untuk dijadikan minyak gaharu. Setelah diproses didapati keputusanya amat baik. Ini membuktikan Inokulan GM 1 tercipta hasil daripada kajian yang teliti, bebas dari bahan kimia, pewarna dan minyak.
2-3 tahun masa diperlukan untuk pohon gaharu menghasilkan teras.

Kursus Pengenalan Gaharu Di Ipoh Perak.



Gaharuman Resources telah diberi kepercayaan dan berkongsi pengalaman sebagai pembicara utama untuk memberi pendedahan mengenai gaharu pada "Kursus Pengenalan Gaharu" di Hotel Seri Malaysia Ipoh Perak pada 28-29 Januari 2009. Kursus tersebut telah dianjurkan oleh NL Zian and Groups yang disertai seramai 80 peserta kursus tersebut. NL Zian berhasrat untuk membuka ladang gaharu yang dikenali sebagai TAMAN TEMA GAHARU yang pertama di Malaysia.

PENDAFTARAN DIBUKA - KURSUS PENANAMAN DAN INDUSTRI GAHARU BULAN NOV 2012

Dijemput kepada penanam, bakal penanam pokok gaharu supaya menghadiri Kursus Penanaman Gaharu. Matlamat kursus ialah mendedahkan kepada peserta cara-cara penanaman gaharu (mengikut cara yang betul) mengenal jenis pokok gaharu, mengetahui potensi hasil gaharu dan indusrtinya dan pasarannya. Anda akan didedahkan ilmu dan maklumat oleh En. Mat Hasbollah Bin Sudin ( Pengurus Besar Gaharuman Resources) Kursus tersebut akan diadakan pada :

Tarikh : 25 NOVEMBER 2012 (Ahad)


Masa : 8.30pg - 3.30ptg

Tempat : Tanjong Karang Selangor.

Yuran : RM 250.00

Makan minum, kertas kerja, sijil penyertaan diberi.

Maklumat lanjut 0133707271

Gaharu

Gaharu
GAHARU sejenis kayu dengan berbagai bentuk dan warna yang khas, serta memiliki kandungan kadar damar wangi, berasal dari pohon atau bagian pohon penghasil gaharu yang tumbuh secara alami dan telah mati, sebagai akibat dari proses infeksi yang terjadi baik secara alami atau buatan pada pohon tersebut, dan pada umumnya terjadi pada pohon Aguilaria sp. (BSN, 1999).