SKIM KEPENTINGAN DI BAWAH
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
A.
Apakah Skim Kepentingan?
Suruhanjaya Syarikat Malaysia ("SSM")
menakrifkan Skim Kepentingan ("Skim")
sebagai satu cara untuk menjalankan perniagaan di Malaysia. Ia melibatkan
pengumpulan sumbangan kewangan daripada orang ramai yang menyalurkan sumbangan
tersebut ke dalam Skim. Skim ini ditadbir oleh Akta Syarikat 1965 dan garis
panduan yang dikeluarkan oleh SSM. Ia merupakan satu skim yang menyediakan
pulangan yang menguntungkan kepada syarikat.
Selain itu, Skim ini juga menyediakan satu bentuk alternatif bagi sesebuah
syarikat bagi mendapatkan modal dalam perniagaan.Hal ini kerana, cara
tradisional dengan mendapatkan dana daripada Bank adalah agak sukar dalam
keadaan ekonomi semasa terutama bagi sesebuah syarikat yang memulakan
perniagaan.
Sebagai contoh, dalam skim saham perladangan atau dikenali dengan shara-farming scheme, syarikat
pengurusan yang mengurus tadbir kolam ikan keli adalah syarikat yang
mengeluarkan skim tersebut ("Syarikat Pengurusan"). Pemegang
Kepentingan akan melabur bersama Syarikat Pengurusan di mana mereka akan
memilih pakej pembayaran. Sebagai contoh Pemegang Kepentingan akan melabur
sebanyak RM1, 000.00 mengikut Perjanjian. Sebagai balasan, Pemegang Kepentingan
akan menerima RM75.00 bulanan selama dua tahun sebelum tarikh matang
Perjanjian. Bagi Syarikat Pengurusan, wang yang dilaburkan dalam Skim boleh
digunakan untuk memajukan perniagaan di mana wang itu boleh digunakan untuk
penyelidikan biologi, dalam cara yang boleh meningkatkan kualiti dan kuantiti
ikan keli pada masa depan. Selain itu, wang daripada Pemegang Kepentingan boleh
digunakan untuk menyediakan modal permulaan kepada Syarikat Pengurusan. Oleh
kerana pulangan keuntungan telah ditentukan ketika menandatangani perjanjian,
apa-apa keuntungan tambahan dari perniagaan akan diberikan kepada Syarikat
Pengurusan.
Seksyen 90 (1) Akta 1965 memperuntukkan bahawa sebelum sebuah syarikat
mengeluarkan atau menawarkan apa-apa tawaran kepada awam untuk melanggan atau
membeli apa-apa kepentingan, syarikat itu mesti mengeluarkan atau menyebabkan
dikeluarkan satu kenyataan secara bertulis kepada SSM untuk kelulusan mereka
Secara kesimpulannya, skim ini bukan sahaja bermanfaat kepada Pemegang Kepentingan
tetapi juga Syarikat Pengurusan. Ia adalah cara alternatif terbaik untuk
mendapatkan modal bagi memulakan perniagaan.
B. Pihak-Pihak dalam Skim Kepentingan
Pihak-Pihak
|
Tafsiran
|
Syarikat Pengurusan
|
Syarikat yang mengeluarkan skim
|
Pemegang Kepentingan
|
Pelabur / orang awam
|
Pemegang Amanah
|
Pemegang amanah yang diluluskan oleh Menteri
atas syor Bank Negara Malaysia.
|
C. Jenis Skim Kepentingan
SSM menyediakan beberapa jenis Skim yang seperti berikut:
a. Kelab Golf, Kelab Rekreasi dan Kelab
Kecergasan (cth: resort, kelab persendirian, dll);
b. Perkongsian masa (cth: resort, kelab
swasta untuk rekreasi);
c. Skim Saham Perladangan (contohnya: burung
walit, ikan keli, kelisa, industri kelapa, getah, minyak sawit, dll);
d. Kelab Marina (contohnya: resort, kelab
persendirian untuk rekreasi);
e. Taman peringatan (cth: pembelian plot
perkuburan, tempayan-tempayan dan columbaria);
f. Perkongsian peralatan; dan
g. Hartanah (contohnya: pembangunan).
D. Ciri-ciri Skim Kepentingan
Skim ini mempunyai ciri-ciri yang seperti berikut: -
a. Syarikat Pengurusan akan mempunyai
hakmilik undang-undang pada aset atau harta yang diberikan kepada Skim ini dan
Pemegang Kepentingan akan mempunyai kepentingan benefisial;
b. Syarikat Pengurusan akan mengendalikan
pengurusan Skim;
c. Pembayaran jumlah tertentu oleh Pemegang Kepentingan
adalah diperlukan untuk menyertai Skim ini;
d. Penyertaan adalah berdasarkan kepada jenis
'pakej' yang ditawarkan oleh Syarikat Pengurusan. Pada kebiasaannya, pakej
adalah bermaksud jenis pembayaran oleh Pemegang Kepentingan yang akan dibuat
kepada Syarikat Pengurusan; dan
e. Pulangan keuntungan berstruktur yang telah
ditentukan dalam prospektus dan Surat Ikatan Amanah.
E. Peranan Syarikat Pengurusan
Syarikat Pengurusan adalah terikat di bawah Perjanjian untuk:-
a. membayar kepada pemegang amanah, dalam
tempoh 30 hari setelah menerima apa-apa wang yang kena dibayar oleh syarikat
itu kepada pemegang amanah;
b. tidak menjual apa-apa kepentingan yang
berkaitan dengan Surat Ikatan selain pada harga yang dikira selaras dengan
Surat Ikatan;
c. atas permintaan Pemegang Kepentingan,
membeli kepentingan itu dari Pemegang Kepentingan pada harga tetap;
d. tanpa kelulusan pemegang amanah menyiarkan
atau menyebabkan disiarkan apa-apa iklan, surat pekeliling atau dokumen lain
yang mengandungi apa-apa pernyataan yang merujuk kepada harga jualan
kepentingan yang berkaitan dengan Surat Ikatan Amanah atau mengandungi sebarang
pelawaan untuk membeli kepentingan.
F. Manfaat kepada Syarikat Pengurusan
Terdapat banyak manfaat menubuhkan Skim Kepentingan kepada Syarikat
Pengurusan seperti:
a. Membangunkan perniagaan dengan meningkatkan modal tanpa memohon sebarang pinjaman
daripada pihak Bank atau dengan menerbitkan saham;
|
Skim Kepentingan
|
Pinjaman
|
Saham
|
Pembayaran kepada pemegang kepentingan/pelabur
|
Pada kadar yang dipersetujui berdasarkan nilai
yang disumbangkan oleh Pemegang Kepentingan.
|
Faedah pada kadar yang dipersetujui yang mana
syarikat terikat untuk membayarnya.
|
Dividen dibayar daripada keuntungan jika
diisytiharkan oleh para pengarah
|
Keahlian
|
Pemegang Kepentingan bukan seorang ahli dalam syarikat.
|
Peminjam/Bank bukan seorang ahli dalam syarikat.
|
Pemegang saham adalah seorang ahli, dengan hak-hak keahlian (seperti hak
mengundi)
|
Keutamaan
|
Pemegang kepentingan tidak mempunyai keutamaan
berbanding pemegang saham..
|
Peminjam mempunyai keutamaan ke atas pemegang
saham bagi pembayaran faedah dan pembayaran balik prinsip
|
Kebenaran
|
Mudah
|
Agak sukar jika dilihat pada keadaan ekonomi semasa.
|
Bergantung kepada jenis perniagaan
(orang cenderung untuk melihat kekuatan perniagaan sebelum membeli saham.)
|
b. Wang yang dilaburkan dalam Skim boleh digunakan untuk membangunkan
perniagaan syarikat dan juga boleh dilaburkan dalam penyelidikan;
c. Meningkatkan pertumbuhan perniagaan untuk menembusi pasaran asing;
d. Mengembangkan peluang perniagaan dalam perniagaan yang baharu; dan
e. Secara tidak langsung, Pemegang Kepentingan boleh menyebarkan maklumat
kepada orang ramai melalui perbualan.
G. Manfaat kepada Pemegang
Kepentingan
Terdapat pelbagai manfaat dengan menubuhkan Skim Kepentingan kepada Pemegang
Kepentingan:-
a. Pulangan modal dan keuntungan dalam tempoh
yang telah dijamin;
b. Pulangan yang menguntungkan yang dilindungi
oleh Pemegang Amanah yang diluluskan dan dilantik;
c. Satu bentuk pendapatan untuk Pemegang
Kepentingan yang tidak bekerja atau pendapatan tambahan untuk Pemegang
Kepentingan yang bekerja; dan
d. Pelaburan yang sesuai bagi mereka yang mengkehendaki
pulangan jangka pendek.
H. Perlindungan dalam
Skim Kepentingan
Syarikat Pengurusan mesti melantik seorang Pemegang Amanah bagi Skim ini. Pemegang
Amanah mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk mengambil segala tindakan yang
munasabah untuk memastikan bahawa Syarikat Pengurusan membayar sebarang wang
yang kena dibayar oleh Syarikat Pengurusan kepada Pemegang Amanah di bawah
Surat Ikatan Amanah, untuk memegang wang bagi kepentingan Pemegang Kepentingan
dan juga untuk memastikan bahawa kepentingan Pemegang Kepentingan sentiasa di
ambil berat.
I. Yuran Pemprosesan
Untuk pemeriksaan dengan teliti sebarang Surat Ikatan Amanah atau salinan
Surat Ikatan Amanah di bawah Seksyen 86, Akta Syarikat 1965 (RM250.00);
dan
Permohonan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi &
Kepenggunaan:
- Pelantikan
syarikat Pemegang Amanah di bawah Seksyen 87, Akta Syarikat 1965 (RM150.00);
- Pengecualian
dari mematuhi sebarang peruntukan di bawah Akta ini, jika ada (RM150.00);
J. Maklumbalas dari syarikat yang
berjaya menerbitkan Skim
Agro Multy Trading Berhad - Encik Hadi Yusof (Ketua Pegawai Eksekutif)
"Ini adalah satu pelaburan yang baik
kerana orang ramai yang akan menyediakan modal untuk perniagaan tanpa saya
mengeluarkan apa-apa syer dan tanpa mendapatkan pinjaman dari bank. Skim ini
juga membantu kedua-dua Bumiputra dan Bukan Bumiputra untuk meningkatkan taraf
hidup mereka. Konsep ini adalah seperti meletakkan wang simpanan anda di Bank, tetapi
anda akan mendapatkan pulangan yang lebih tinggi daripada bank "
Disediakan oleh:-
AZMI & ASSOCIATES
Tingkat 14, Menara Keck Seng,
203, Jalan Bukit Bintang, 55100,
Kuala Lumpur.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Ahmad Suffian bin Syiimir (Peguam) - 013-357 8308 (ahmad.syiimir@azmilaw.comx)
Hakcipta terpelihara
Azmi & Associates