4 Julai 2009 Sabtu, Gaharuman sekali lagi memberi penerangan tentang Gaharu dan Industri Gaharu di bumi Sarawak. Kali ini kami di Kuching. Bertempat di Dewan DBKU. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang hadir untuk mendengar penerangan daripada kami dan kami berharap agar perhubungan kita berpanjangan untuk menjadikan tanaman pokok gaharu sebagai pendapatan kita. InsyaAllah kami akan terus membantu dan menberi khidmat nasihat berterusan. InsyaAllah Gahruman akan ke Miri pada 25 Julai.
KURSUS GAHARU AKAN DATANG
18 JULAI 2009 - TG. KARANG SELANGOR
SILA DAFTAR SEGARA. HUBUNGI 013-3707271 ----->
YURAN PENDAFTARAN :
RM 200.00 tanpa benih percuma
RM 250.00 percuma benih 10 pokok
SILA DAFTAR SEGARA. HUBUNGI 013-3707271 ----->
YURAN PENDAFTARAN :
RM 200.00 tanpa benih percuma
RM 250.00 percuma benih 10 pokok
Gaharu
GAHARU sejenis kayu dengan berbagai bentuk dan warna yang khas, serta memiliki kandungan kadar damar wangi, berasal dari pohon atau bagian pohon penghasil gaharu yang tumbuh secara alami dan telah mati, sebagai akibat dari proses infeksi yang terjadi baik secara alami atau buatan pada pohon tersebut, dan pada umumnya terjadi pada pohon Aguilaria sp. (BSN, 1999).
Selasa, 2009 Juli 07
GAHARUMAN DI KUCHING
4 Julai 2009 Sabtu, Gaharuman sekali lagi memberi penerangan tentang Gaharu dan Industri Gaharu di bumi Sarawak. Kali ini kami di Kuching. Bertempat di Dewan DBKU. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang hadir untuk mendengar penerangan daripada kami dan kami berharap agar perhubungan kita berpanjangan untuk menjadikan tanaman pokok gaharu sebagai pendapatan kita. InsyaAllah kami akan terus membantu dan menberi khidmat nasihat berterusan. InsyaAllah Gahruman akan ke Miri pada 25 Julai.
Minggu, 2009 Juni 21
Ringkasan Kursus Gaharu Di Tg. Karang 20 Jun 2009
Gaharuman mengucapkan ribuan terima kasih terhadap penyertaan peserta-peserta Kursus Penanaman dan Potensi Industri Gaharu yang di adakan pada 20 Jun 2009 di Tg. Karang. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Dr Rasip yang sudi hadir untuk memberi tunjuk ajar penanaman gaharu kepada perserta. Setiap peserta diberi sebanyak 10 pokok gaharu dan diharapkan agar semua peserta akan menanam dan memelihara pokok berdasarkan ilmu yang diberikan. Terima kasih semua terhadap sokongan yang telah diberikan. Semuga kita panjang umur dan dimurahkan rezeki. Amin!!
Rabu, 2009 Mei 27
Ringkasan Kursus di Sarikei
Pada
23 Mei 2009 Sabtu, gaharuman telah memberikan kursus di salah sebuah hotel yang tertua di bandar sarikei. Salah seorang dari perserta merupakan pedagang gaharu pada awal tahun 90an yang menurut cerita orang beliaulah yang membeli gaharu di hutan menyewa helikopter pada masa itu. Beliau dijemput memberikan ucapan untuk menceritakan pengalamannya.
Berkebun gaharu memang menjanjikan hasil yang lumayan sehingga menjadikan kita seorang jutawan tetapi sebelum menceburi tanaman ini kita harus memiliki ilmu pengetahuan dan rakan yang jujur.
PERTEMUAN BERSEJARAH
Senin, 2009 Mei 11
Ringkasan & Sekitar Gambar2 Kursus Gaharu di Mukah Sarawak
9 Mei 2009 - Gaharuman telah menyampaikan Kursus Penanaman dan Potensi Penanaman Gaharu di Dewan Suarah Mukah Sarawak. Seramai 32 orang peserta telah mengambil bahagian yang datang dari pelbagai bahagian negeri Sarawak. Mukah yang dahulunya terkenal dengan pengeluaran tepung sagu mungkinkah akan menjadi antara bahagian pengeluar gaharu di suatu hari nanti. 



Selasa, 2009 Mei 05
Biji Benih Gaharu Sedia Untuk DiJual ( Tempahan Sudah DiTutup)


Biji Benih Gaharu F3 jenis A. Malacensis dan A. Filaria asal Indonesia panen/tuai bulan Mei siap untuk dijual. Kepada yang berminat sila hubungi Gaharuman (Mat Hasbollah) di talian +60133707271 atau jika mahu jumlah banyak anda juga boleh terus menghubungi Pak Joner di Bogor di Talian +628128070218 atau email di jon3mora@yahoo.com
Selasa, 2009 April 28
Kursus Agrobisnis Penanaman, Teknologi & Industri Gaharu di Hotel Putra KL
25 April 09- Kursus Agobisnis Penanaman, Teknologi dan Industri Gaharu telah berjaya diadakan di Hotel Putra KL. Seramai 14 peserta telah mengambil bahagian dalam kursus tersebut. Peserta terdiri daripada pengusaha tanaman ladang gaharu, pembekal benih gaharu dan pelabur dalam industri gaharu yang datang dari Sabah, Serawak, Penang, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor. Seramai 2 pengusaha gaharu telah memberi penerangan kepada peserta tentang potensi penanaman gaharu serta 2 peneliti tanaman gaharu iaitu Pak Jonner dari Indonesia dan Dr Rasip dari FRIM telah menunjuk tentang pasaran gaharu serta cara penanaman gaharu secara ladang yang betul. Gaharuman mengharapkan usaha yang sekecil ini bakal memandu arah industri gaharu yang betul supaya tanaman gaharu tidak menjadi seperti tanaman yang lain yang telah gagal. Oleh itu Gaharuman berusaha memberi pemahaman yang betul kepada masyarakat supaya jika hendak menceburi industri ini mestilah mendapat ilmu/panduan yang betul dan terbaik daripada para pengusaha industri gaharu yang tulen. Bukannya kepada mereka-mereka yang mengambil kesempatan dalam kegairahan masyarakat tentang tanaman gaharu. Kami sedia membantu anda. Gaharuman mempunyai kepakaran serta keupayaan dalam industri ini. Untuk keterangan lanjut sila hubungi di 013-3707271/ 019-3958800.
Langgan:
Entri (Atom)
